Sunday, June 27, 2010

R10 Johan Wilayah Persekutuan 2010

Setelah sekian lama saya masuk ke R10 pada 3 Jan 2007, saya telah ditugaskan oleh Guru Besar, Puan Hjh Teh Zaiton untuk menjaga dan menguruskan pasukan hoki R10.

Segala keringat dan koordinasi dilakukan oleh saya yang kurang pengalaman dalam hoki ini dengan beberapa orang ibubapa pemain iaitu Wan Ameer, Azhar, Wan Shariman, Iskandar dan ramai lagi bagi membantu saya dalam sudut kejurulatihan.

Pada tahun 2007 pasukan hoki R10 yang mana ketika itu Wan Adib, Ishakirin, Aizzudin, Zulhelmi dan ramai lagi telah berjaya merangkul Naib Johan Zon dan KL. Alhamdulilah...... berjaya walaupun terlalu banyak cabaran bagi seorang guru yang kurang pengetahuan dalam hoki. Berkat kerjasama parents dan saya pencapaian yang dicapai agak memberangsangkan.

Sejak itu perancangan dan kerjasama terjalin erat dan pada tahun 2010 ini pasukan hoki R10 telah berjaya merangkul JOHAN ZON KERAMAT DAN JOHAN WILAYAH PERSEKUTUAN.

Tahniah dan terima kasih banyak2 kepada parents yang banyak membantu saya dalam menjayakan pasukan ini ke tahap yang cemerlang pada tahun ini. Jasa dan kerjasama pihak tuan/puan ibubapa amat saya hargai. TQ all........

Harap tahun 2011 akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang......


Pemain bergambar bersama ibubapa masing-masing


Pemain bergambar dengan guru/jurulatih

No comments: