Sunday, December 27, 2009

Perancangan Tahun 2010

Pengurusan Hoki R10 difahamkan sukan yang akan disertai pada tahun 2010 ialah :

1. Hoki ( Lelaki dan Perempuan )
2. Ragbi Sentuh ( Lelaki Sahaja )
3. Bola Sepak ( Masih dalam perbincangan )
4. Sepak Takraw ( Masih dalam perbincangan )
5. Badminton
6. Bola Jaring

Walaubagaimana sekali pun, dengan perancangan pihak pengurusan ini, kehendak dan kesungguhan murid amatlah diperlukan.

PERINTAH ULUNG 2010

Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh makna kepada skuad hoki R10. Di mana, sejak tahun 2007 di mana saya telah diamanahkan supaya mengurus pasukan hoki lelaki R10 dan pada tahun 2009 pasukan hoki perempuan ditubuhkan banyak asam garam, suka duka saya bersama dengan pasukan R10.

Kepada semua pemain hoki lelaki, dengan angka 2010 diharapkan dapat memberikan makna dan kejayaan yang amat gemilang di mana Kejuaraan Peringkat MSSMKL yang belum dikecapi sejak R10 Hockey Team ditubuhkan mesti dikejar dan dipahat dalam sejarah MSSMKL buat pertama kalinya.

Banyak telah diberikan, dicurahkan, disediakan oleh pengurus, jurulatih, ibubapa dan pihak sekolah. Apa yang diharapkan pada tahun 2010 akan memberikan kejayaan yang cukup bermakna. Kepada pasukan hoki perempuan, anda masih muda/baru dan banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami bagi menjadikan anda seorang pemain hoki yang mantap.

Kepada pihak ibubapa, seperti tahun-tahun yang sebelum ini, kesediaan pihak anda dalam membantu pihak sekolah amat-amatlah dialu-alukan bagi menjayakan agenda sekolah dalam sukan, membantu mendedahkan anak-anak tuan/puan supaya bergiat cergas dalam sukan dan seterusnya membantu anak-anak tuan mempunyai kredit khas semasa memohon ke sekolah berasrama penuh (SBP) kelak. Diharapkan hubungan yang yang terjalin sebelum ini akan dapat diteruskan walaupun anak-anak tuan/puan sudah tidak lagi bersama pasukan R10.

Akhir kata, pasukan R10 pada tahun ini mempunyai harapan yang cukup baik seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Cuma HATI mestilah ada kemahuan untuk MENANG, MENANG, MENANG .....

2010 Penuh Makna

Kepada pemain hoki R10. Bersiap sedia dengan ketahanan mental dan fizikal. Latihan akan bermula pada 10 Januari 2010 ( Ahad ) - 9 pagi hingga 11 pagi, Di Stadium Hoki Jalan Duta, Kuala Lumpu