Sunday, December 27, 2009

Perancangan Tahun 2010

Pengurusan Hoki R10 difahamkan sukan yang akan disertai pada tahun 2010 ialah :

1. Hoki ( Lelaki dan Perempuan )
2. Ragbi Sentuh ( Lelaki Sahaja )
3. Bola Sepak ( Masih dalam perbincangan )
4. Sepak Takraw ( Masih dalam perbincangan )
5. Badminton
6. Bola Jaring

Walaubagaimana sekali pun, dengan perancangan pihak pengurusan ini, kehendak dan kesungguhan murid amatlah diperlukan.

PERINTAH ULUNG 2010

Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh makna kepada skuad hoki R10. Di mana, sejak tahun 2007 di mana saya telah diamanahkan supaya mengurus pasukan hoki lelaki R10 dan pada tahun 2009 pasukan hoki perempuan ditubuhkan banyak asam garam, suka duka saya bersama dengan pasukan R10.

Kepada semua pemain hoki lelaki, dengan angka 2010 diharapkan dapat memberikan makna dan kejayaan yang amat gemilang di mana Kejuaraan Peringkat MSSMKL yang belum dikecapi sejak R10 Hockey Team ditubuhkan mesti dikejar dan dipahat dalam sejarah MSSMKL buat pertama kalinya.

Banyak telah diberikan, dicurahkan, disediakan oleh pengurus, jurulatih, ibubapa dan pihak sekolah. Apa yang diharapkan pada tahun 2010 akan memberikan kejayaan yang cukup bermakna. Kepada pasukan hoki perempuan, anda masih muda/baru dan banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami bagi menjadikan anda seorang pemain hoki yang mantap.

Kepada pihak ibubapa, seperti tahun-tahun yang sebelum ini, kesediaan pihak anda dalam membantu pihak sekolah amat-amatlah dialu-alukan bagi menjayakan agenda sekolah dalam sukan, membantu mendedahkan anak-anak tuan/puan supaya bergiat cergas dalam sukan dan seterusnya membantu anak-anak tuan mempunyai kredit khas semasa memohon ke sekolah berasrama penuh (SBP) kelak. Diharapkan hubungan yang yang terjalin sebelum ini akan dapat diteruskan walaupun anak-anak tuan/puan sudah tidak lagi bersama pasukan R10.

Akhir kata, pasukan R10 pada tahun ini mempunyai harapan yang cukup baik seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Cuma HATI mestilah ada kemahuan untuk MENANG, MENANG, MENANG .....

2010 Penuh Makna

Kepada pemain hoki R10. Bersiap sedia dengan ketahanan mental dan fizikal. Latihan akan bermula pada 10 Januari 2010 ( Ahad ) - 9 pagi hingga 11 pagi, Di Stadium Hoki Jalan Duta, Kuala Lumpu

Tuesday, November 10, 2009

TAHUN MEMBOSANKAN

TAHUN NI TAK SEMPAT NAK BUAT APA-APA KAT TEAM HOCKEY.

PADA SEMUA PLAYERS DAN COACH, BYK PERKARA NAK PIKIR.
HOPEFULY NEXT YEAR KITA AKA BERJUANG LAGI

Wednesday, September 23, 2009

salam

SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI 2009

Monday, August 3, 2009

R10 Hockey Tournament

As'kum.........

Kepada semua pemain hoki sekolah dan bekas pemain hoki R10
Pada Bulan November ini akan diadakan Kejohanan Hoki Tertutup R10

Syarat-syarat pertandingan :

1 ) Setiap Pasukan mesti mendaftar pemain Jr, Pemain Sekolah, Bekas Pemain Sekolah, Ibubapa dan juga guru dalam setiap pasukan.

2 ) Setiap ahli pasukan akan diundi bagi menentukan pasukan masing-masing.

3 ) Ini bermakna, Captain pasukan akan diketuai oleh pemain yang telah mewakili negeri.

Nota : Tiada isu pasukan kuat atau lemah.

Moral : mewujudkan semangat kekeluargaan diantara pemain, bekas pemain, ibubapa dan guru.

Harap-harap pertandingan ini akan menjadi titiktolak kepada kejayaan pasukan sekolah.

Wednesday, July 29, 2009

PLAYERS COMMITMENT

We have seen many new faces in the few turf session this month, surprisingly by the look of their faces - these are committed players. We hope they will continue to train for next year tournament and maybe we need to call in some few Hockey Coach experts to make sure that their basic skills are really good before the PUASA month. Any comment and ideas ?

ACAP REST.................

ACAP hai ACAP............

For all BOD, ACAP SUSPENDED !!!!
Bukan sebab tak datang training saja tapi lepas saya fikirkan, jika dia tak improve dalam akademik he will not be in the team next year.

What can i see his result is very bad n unsangkarable.......
Hopefully to all BOD will support me.... im sorry if my decission will make R10 team weak next year.

I already speak to ACAP n his parents..... he understand......
But i dont know how serious he takes.....

TQ n Sorry

Luar Musim

Askum....

Pada Tahun 2009 ini, berlangsung lagi adegan di mana tiada penganjuran hoki luar musim.
Di mana agaknya silapnya ?

Pada pendapat saya, penganjuran luar musim ini agak kritikal bagi membangunkan hoki di peringkat Kuala Lumpur. Adalah satu kerugian di mana banyak bakat dan kepakaran yang ada macam dipersiakan. Kalau nak cakap budget takda, amatlah tidak logik. Kenapa ? Setahu saya dengan pengalaman yang cetek ini, BUDGET di buat tahun sebelum.

Takkan penganjuran luar musim memakan belanja sampai RM10000 kot.

Tapi tak tahulah................................

Apa yang dapat dilihat ialah macam tiada suatu usaha nak membangunkan hoki peringkat akar umbi oleh pihak yang berwajib. Padahal, daripada umur 12 tahun lah bakat perlu diasuh dan digilap.

Berkenaan bakat, pihak berwajib perlukan sangat-sangat, tetapi tiada usaha nak membantu pasukan yang berusaha hendak membantu. Fikirkanlah.

Pada ibubapa dan individu yang selama ini membantu pasukan hoki R10 terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Walaupun ada sesetengahnya anak-anak sudah keluar dari R10, bantuan yang dihulurkan amat-amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

R10 Akan Anjur Ragbi Bawah 12 & 11 Tahun

Askum pada semua....

R10 dalam planning untuk anjur ragbi luar musim pada bulan 10, agak2 lepas UPSR.

Dalam planning akan ada 2 kategori :

A. Bawah 12 Tahun Jemputan ;
B. Bawah 11 Tahun terbuka kepada pasukan di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Penyertaan ini akan berdasarkan kepada ;
"Siapa Cepat Mengesahkan Penyertaan Dia Layak Bertanding"

Diharapkan pada tahun ini akan menjadi titik permulaan kepada pembangunan ragbi R10 dan Kuala Lumpur.

Sekian.........

Tuesday, May 26, 2009

KL U12 Representative

It has now been nearly 1.5 weeks since the final 18 players list for the U12 KL Boys was announced. R10 is represented by Wan Haziq 5B and Shazwan 6C. Both are likely to play as the 1st 11 lineup. Training has been tough and players are staying at Jalan Cochrane sport center for their centralize training.

Sadly, Acap, Mokhtar and Farhan did not make it to the team - hopefully there will be better opportunities in the coming years for these hard working R10 players.

This year MSSM tournament will be played in Ipoh. Team Manager and Coaches are working very hard to ensure proper preparation are done to ensure better results can be achieved.

Let us all pray to Allah so that this year 2009 U12 Boys will bring back the Championship to Kuala Lumpur beating the 2008 result as Runner Up to Kelantan.

Monday, April 20, 2009

R10 Tempat Ketiga KL 2009







TANIAH KEPADA SEMUA KERANA TELAH MENYUMBANGKAN BANYAK TENGA DAN USAHA BAGI MEMBOLEHKAN R10 JD JOHAN KL PADA TAHUN 2009 NI. WALAUPUAN TIDAK KESAMPAIAN, SAYA HARAP USAHA KITA DALAM MEMBANGUNKAN HOKI KL TIDAK AKAN TERHENTI DENGAN KEKECEWAAN PD TAHUN 2009 NI. TQ ALL.

Monday, April 6, 2009

KEJOHANAN NEGERI BERMULA

KEJOHANAN HOKI NEGERI BERMULA PADA 13 APRIL HINGGA 17 APRIL 2009. DI MANA IANYA AKAN BERLANGSUANG DI STADIUM HOKI JLN DUTA KUALA LUMPUR.

PADA SEMUA PEMAIN, BERMAINLAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR TAHUN INI R10 AKAN JADI JUARA KL ..................... YEZZZAAAAAAAAAAA

Sunday, March 29, 2009

PANDANGAN SAYA TENTANG ZON 2009

LAPORAN KEJOHANAN HOKI MSSMKL ( ZON KERAMAT ) 2009

LELAKI DAN PEREMPUAN

23 Mac 2009 ( Isnin )

KEPUTUSAN LELAKI

Perlawanan 1 : SK WANGSA MAJU ZON R10 vs SK WANGSA MAJU SK AU KERAMAT

Dalam perlawanan ini pasukan hoki lelaki R10 telah berjaya menewaskan pasukan SK Au Keramat dengan 2-0. Di mana dalam perlawanan ini seorang pemain R10 dilayangkan kad hijau ( kad amaran ) dan seorang pemain dilayangkan kad Merah ( buang padang ) oleh pengadil Encik Rauf dari SK Wangsa Jaya. Di mana kad hijau ini di layangkan kerana pemain R10 ini iaitu Wan Hariz Azzuddin telah mengangkat kayu terlampau tinggi.

Manakala pemain R10 Wan Haziq Hisyamuddin telah dilayangkan kad merah kerana telah “memukul” dengan sengaja ( penjelasan daripada pengadil En Rauf ). Di samping itu juga En Rauf juga mendakwa telah memberikan 2 amaran lisan kepada Wan Haziq.

Setelah selesai permainan, Pengurus Pasukan R10 telah bercakap dengan Wan Haziq adakah benar En Rauf telah memberikan amaran lisan kepada beliau. Wan haziq mengesahkan “TIDAK”. Manakala Wan Hariz mengaku bahawa amaran lisan yang diberikan oleh En. Rauf itu sebenarnya amaran kepada Wan Hariz.

Jadi kesimpulan yang dapat dibuat adalah En Rauf telah tersalah memberikan kad kepada Wan Haziq. Namun pengurus R10 tidak membuat sebarang bantahan kerana memikirkan sahabat dan juga rakan guru yang mengadili perlawanan. Secara keseluruhan permainan R10 agak tempang.


Perlawanan 2 : SK WANGSA JAYA R10 vs SK WANGSA JAYA

Dalam perlawanan ini pasukan R10 hanya mampu seri tanpa jaringan dengan SK Wangsa Jaya. Walaupun pemain telah berjaya menunjukkan mutu permainan yang agak tempang ekoran perubahan formasi kerana ketiadaan Wan Haziq.

Banyak peluang dicipta oleh pasukan R10 di mana pukulan dan serangan yang dilakukan tersasar ke kiri dan kanak gol pasukan lawan.




KESIMPULAN :

Ekoran seri tanpa jaringan dengan pasukan SK Wangsa Jaya, pasukan R10 menduduki tempat kedua dalam kumpulan dan SK Wangsa Jaya mendapat tempat pertama dalam kumpulan. Perbezaan gol kerana SK Wangsa Jaya vs SK Au Keramat 3 – 0, SK R10 vs SK AU Keramat 2 – 0.

Jadi pasukan R10 akan bertemu dengan pasukan SK St John 2 pada peringkat separuh akhir.





25 Mac 2009 ( Rabu )

Separuh Akhir

Perlawanan 3 : SK R10 vs SK ST. JOHN 2

Dalam perlawnan separuh akhir ini merupakan perlawanan yang “hangat”. Pengadil yang mengadili perlawanan ini ialah En Nizam ( SK Au Keramat ) dan En. Rauf ( SK Wangsa Jaya ).

Sejak awal permainan pasukan R10 telah menunjukkan semangat berpasukan yang sangat baik. Permainan yang cantik dan kesungguhan terbayang di setiap muka pemian R10. Pasukan R10 menguasai permainan hampir 90%. Di mana pasukan St John 2 hanya masuk ke dalam kawasan 25 ela pasukan R10 hanya 4 kali. Dan pasukan St John 2 hanya mendapat PC hanya sekali.

Berbeza dengan pasukan R10 di mana menyerang setiap minit permainan. Pasukan R10 mendapat 6 PC yang mana gagal di manafaatkan sebaik-baiknya oleh pemain.

Sehinggalah pada separuh masa ke dua, minit ke 13 pasukan St John 2 masuk ke kawasan 25 ela R10. Satu pukulan percuma diberikan kepada pasukan St John 2 di luar dotted line. Dan pemain R10 ( Arif ) membuat benteng. Sehinggalah satu pukulan percuma di ambil dan terkena kayu Arif dan bola bump melantun ke dalam gol. Pada masa yang sama di belakang Arif ada seorang pemain pasukan St John 2 yang agak jauh dan agak mustahil dapat mencapai / menjangkau bola tersebut.

Apabila bola masuk ke dalam jaring pemain pasukan St John 2, tahu yang bola tersebut sepatutnya diberikan pukulan panjang ( long corner ). Secara tiba-tiba, pengadil En Nizam memberikan gol. Pemain pasukan St John 2 terpinga-pinga dan terus meraikan jaringan tersebut.

Kapten pasukan R10 telah meminta penjelasan daripada En Nizam dan penjelasan diberikan ialah “bola terkena kayu pemain R10” dan Kapten pasukan R10 diberi isyarat supaya pergi jauh dan jangan mendekati beliau.

Apabila mendengar sorakan riuh dari penonton, En Nizam telah memberhentikan perlawanan ‘stoptime’ dan berbincang dengan En Rauf ( 2nd Umpire). Penjelasan yang diberikan oleh En Rauf kepada En. Nizam ialah “ada pemain St John 2 dibelakang pemain R10, dan dikira gol dari pandangan beliau kerana cuaca panas dan jarak dia pun jauh”. Walaubagaimanapun Encik Rauf menyatakan apa saja , keputusan diterima bergantung kepada pengadil yang paling dekat.

Selepas berbincang, En Nizam mengesahkan jaringan. Apabila saja memulakan permainan, air-horn dibunyikan oleh penjaga masa. Pengurus pasukan R10 tidak berpuas hati dengan En Nizam dan meminta penjelasan. Terdapat beberapa persoalan :

A. Apa yang dijelaskan oleh En Nizam ialah “ada pemain St John 2 dibelakang pemain R10 dan bola memang nampak macam terkena kayu pemain St John 2”.

B. Pada perkiraan pengurus pasukan, pemain St John 2 tidak mampu mencapai jarak bola tersebut kerana dengan kedudukan bola itu pun tidak berupaya di capai oleh pemain St John 2.

C. Penjelasan yang tidak dapat dijelaskan oleh En Nizam ialah arah bola apabila “terkena” kayu pemain St John 2. Di mana pada pendangan pengurus, arah bola akan bertukar ke arah lain sekiranya kena kayu pemain St John 2 @ sound board.

D. En Nizam juga mengaku beliau Blind side ( di halang penglihatan akibat ramai pemain dalam sesuatu situasi ). Tetapi kenapa beliau boleh mengesahkan gol dan nampak macam terkena kayu pemain St John 2.






BANTAHAN telah dibuat kepada penganjur berserta wang RM100.00. Tepat jam 1230 tgh, satu mesyuarat telah di adakan, di mana penganjur ( GPK KoKo Sk Taman Setiawangsa ), Encik Nizam ( 1st Umpire ), Encik Rauf ( 2nd Umpire ) dan Encik Kamal Asyraff ( Pengurus R10 ). Setelah mesyuarat selesai dijalankan, penganjur menyatakan peruntukkan pertandingan 1.3 di mana menyatakan keputusan pengadil adalah muktamad. Walaupun penjelasan yang diberikan oleh En Nizam dan En Rauf di dapati banyak bercanggah dan tidak logik, penganjur tetap dengan keputusan tersebut.

Ekoran daripada keputusan pengadil yang tidak sepatutnya mengesahkan gol tersebut, pasukan R10 akan meneruskan perjuangan di peringkat seterusnya iatu perebutan tempat ketiga dan keempat.



Tempat ketiga/keempat

Perlawanan 4 : SK WANGSA MAJU R10 vs SK WANGSA MAJU SEKSYEN 1

Dalam perlawanan ini pasukan R10 berjaya mendapat tempat ketiga, di mana berjaya menewaskan pasukan lawan dengan 5-0. Permainan dianggap berat sebelah di mana pasukan R10 menguasai sepenuhya perlawanan.





PASUKAN PEREMPUAN

24 Mac 2009

Perlawanan 1 : SK WANGSA MAJU R10 vs SK CBN ONE

Dalam perlawanan ini pasukan R10 berjaya memberikan saingan kepada JOHAN KL tahun berturut-turut. Di mana dalam perlawanan ini pasukan R10 yang baru ditubuhkan kurang 1 bulan ini hanya tewas 1-0 sahaja. Permainan yang cukup baik dan semangat juang yang cukup tinggi.

Perlawanan 2 : SK WANGSA MAJU ZON R10 vs SK AU KERAMAT

Dalam perlawanan ini, pasukan R10 telah berjaya mengheret pasukan Au Keramat hingga ke peringkat akhir perlawanan. Walaubagaimanapun, pasukan R10 tewas dalam perebutan tempat ke peringkat separuh akhir melalui penalty flick. TAHNIAH diucapkan kepada pasukan perempuan, walaupun hanya baru sebulan ditubuhkan telah berjaya menunjukkan semangat yang tinggi dalam perlawanan ini.

SENARAI NAMA PEMAIN HOKI LELAKI 2009

BIL

NAMA PESERTA

NO. KP / SB

TARIKH LAHIR

NO. JERSI

1

MUHAMMAD MUKHTAR BIN NORZAFRI

L 116730

4.10.1997

22

2

MUHAMMAD AMIRUL ADLI BIN ANUAR

AF 51064

16.7.1997

10

3

MOHD SYAFIQ DANIAL BIN WAN SHAHRIMAN

AF 83264

12.7.1997

2

4

ABDUL AZIZ BIN AZHAR

L 141469

31.10.1997

13

5

MUHAMMAD SYAZWAN BIN BIN MOHD SHAHRIN

L 041767

8.4.1997

17

6

WAN HAZIQ HISYAMUDDIN BIN WAN AMEER RUZMAN

L 163857

10.3.1998

3

7

NIK DANIAL MAHMUD BIN MUHAMMAD

L 175886

1.11.1998

5

8

MOHAMAD FADZIL ASHRAFF BIN ZAKARIA

AH 63377

9.8.1998

6

9

WAN HARIZ AIZUDDIN BIN WAN AMEER RUZMAN

AS 37274

20.9.2000

4

10

ABDUL FARHAN AIZAT BIN ABDULLAH

AH 92760

28.6.1998

7

11

MUHAMMAD ARIFF SHAH BIN MOHD NOR MAULUDANI

AG 92134

24.2.1998

11

12

MUHAMMAD ADAM FADLUN BIN ANUAR

AR 59891

3.7.2000

12

13

MUHAMMAD LUQMAN BIN MOHD YUSOF

L 011688

2.7.1997

9

14

ABDUL HAKIM BIN MD. SANI

AK 53134

28.1.1999

15

15

MUHAMMAD YUSUF BIN ABDUL HALIT

AG 89286

9.1.1998

14

16

MUHAMMAD KHAIRUREDZWAN B. MOHAMAD NASIR

AH 90872

5.6.1998

8

17

IZZAT AIMAN B. A'ZHARUDDIN

AN 16636

18.12.1999

18

18

ANIQ BIN AZNAN

L 023403

3.5.1997

1


SENARAI NAMA PEMAIN HOKI PEREMPUAN 2009

BIL

NAMA PESERTA

NO. KP / SB

TARIKH LAHIR

NO. JERSI

1

AINA NADIAH BT FADZIL

AJ 77242

7.2.1999

1

2

NURUL AIDA SAFA BT SHUKRI

AL 82639

17.6.1999

16

3

NURUL NADIA BT JAMALUDDIN

AC 43076

23.1.1997

15

4

AINA SORAYA BT AZHAR

E 196093

30.11.1997

17

5

ALEESYA SURAYA BT ASLI

AJ 77895

29.5.1999

4

6

MIRIAM SUFFYAH BT AZMY

AN 83117

17.10.1999

2

7

NOR NADIA IZZATI BT BAHARUDDIN

AE 44317

3.3.1997

10

8

SHARIFAH ANIS AFIQAH BT SYED MOHUSIN

AM 20201

27.6.1999

6

9

AJWAD AMIRA BT AZMI

AE 54638

26.4.1997

7

10

NUR DIANA SYAFIEQAH BT WAN ZEID

D 886611

15.6.1997

5

11

FARHANA BT AZAHAR

AF 91680

12.8.1997

8

12

SYARIFAH SYAHIDAH BT SYED NAZIR

AE 49933

30.6.1997

13

13

NURIN SYAHIRAH BT NOOR IZZUDDIN

L 076358

2.8.1997

9

14

NUR FATIHAH BT MAT NOH

L 080673

22.8.1997

14

15

NUR SYAKILA BT MD JASMIN

AE 46727

7.4.1997

11

16

NUR ADILAH BT ZAIROL ALAM

L 021528

26.3.1997

18

17

FARAH HANIM BT ISMAIL

AH 92689

16.7.1998

22

NUKILAN :


a. KAMAL ASYRAFF NODIN

b. WAN AZLI WAN ISMAIL

c. WAN RAZMANI

d. CIK JULIAZILAH