Tuesday, March 8, 2011

SemiFinal Yang Mendebarkan......

Tanggal 9 Mac 2011...... Pasukan Lelaki dan Perempuan SKWMZR10 akan meneruskan cabaran di Semifinal dalam Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Zon Keramat 2011.

Apa yang mendebarkan....... pasukan lelaki akan bertemu dengan musuh tradisi iaitu SK Wangsa Jaya. Di mana, pada tahun 2010 dan sebelumnya, pernah dikalahkan oleh R10.

Paling menarik, pasukan perempuan dalam perlawanan kumpulan hari ini (8 Mac 2011), berjaya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Johan Zon 2010 ( CBN One ). Manakala juga seri tanpa jaringan dengan SK Wangsa Maju Seksyen Satu. Di separuh akhir, pasukan R10 perempuan akan berentap dengan CBN 2, yang mana pasukan yang sama pasukan perempuan R10 berebut tangga ketiga / keempat. Rekod pertemuan memihak kepada CBN 2. Walaubagaimanapun, ini bukan halangan kepada semangat pemain yang dididik sepenuhnya oleh EN WAN AMEER RUZMAN ( Uncle Ameer ) dan dibantu oleh EN ISHKANDAR, CIKGU KAMAL dan IBUBAPA yang lain........

hati yang TEGA, KENTAL dan NAK MENANG sahaja yang akan menentukan kejayaan pasukan R10 perempuan...... Gud luck girls.......


Monday, March 7, 2011

Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Zon Keramat 2011

Satu permulaan yang baik bagi pasukan hoki lelaki R10. Di mana hari ini (7 Mac 2011) pasukan hoki lelaki berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Dalam perlawanan kumpulan, R10 berjaya menewaskan SK Wangsa Melawati ( 5-0 ) dan SK Wangsa Maju Seksyen 1 ( 4-0 ). Seterusnya menjadikan pasukan R10 JOHAN kumpulan A.

9 Mac 2011 Pasukan R10 akan berentap dengan SK Wangsa Jaya di separuh akhir. Diharap, semua warga R10 / Ibubapa mendoakan kejayaan pasukan hoki R10 pada Tahun ini.........