Friday, June 20, 2008

KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 TAHUN MILO-MBI-MSN 2008

SKWMZR10 telah mendapat jemputan daripada Persatuan Hoki Perak untuk menyertai Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun ke 20 bersempena dengan ulangtahun Hari Bandaraya Ipoh.
Jadi pihak pengurusan sekolah tidak mempunyai halangan untuk menghantar dan memberi sedikit sumbangan bagi menghantar pasukan ke Kejohanan tersebut. Jadi, terpulanglah pada BOD untuk memanjangkan hasrat ini bagi meningkatkan lagi kemajuan hoki sekolah.
Syarat-Syarat :
Yuran Pendaftaran RM50
Daftar 8 pemain ( 6 bermain, 2 simpanan ) - 6 Sides.
Hadiah-Hadiah :
JOHAN RM450.00 + Pingat
N. JOHAN RM 300.00 + Pingat
KETIGA RM 200.00 + Pingat
KEEMPAT Pingat
Hadiah-Hadiah Lain :
PEMAIN HARAPAN
PEMAIN TERBAIK
PENJAGA GOL TERBAIK
FAIR PLAY

Wednesday, June 18, 2008

MACHO

Tahniah diucapkan pada Ciku Kamal dan isteri sempena perkahwinan mereka. Sambutan mengejut disekolah nampak penuh berseri dan beristiadat.

Gambar kat pelamin disekolah tu memang MACHO - serious dalam bahagia.

Kami dari pihak ibu bapa dan BOD mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA ALLAH PANJUNGKAN UMUR DAN SUCCESS HENDAKNYA.

Bottomline - Jangan lupa atau tinggalkan R10 Hockey ...

wars

Gambar Bersama Wakil IbuBapa - Isteri Wan Amer

Gambar Kenangan Persandingan Cikgu Kamal & Cikgu Noraida bersama Puan Hjh Teh Zaiton Bt Abdul Halim - Guru Besar R10, Puan Law - GPK Hem, Puan Zaridah - GPK KoKo, Puan Zainon - GPK Tadbir & Kurikulum serta Puan Zunita ( Isteri Wan Amer )

Latihan Bermula

Latihan pasukan Hoki R10 telah bermula, di mana sesi latihan ( fizikal ) telah di mulakan sejak buka sesi persekolahan semester kedua. Tetapi satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan sekolah ialah, di mana hampir separuh daripada pemain-pemain hoki "digantung" daripada menyertai sesi latihan disebabkan oleh pemain ini mendapat keputusan yang kurang memberansangkan di dalam peperiksaan PKSR 1.
Walau bagaimanapun, ini tidaklah membantutkan pasukan hoki ini yang di dalam persediaan bagi menghadapi Kejohanan Hoki Luar Musim Bawah 11 Tahun yang dijangka akan diadakan pada sebelum puasa @ selepas hari raya puasa nanti. R10 tidaklah mengahadapi masalah yang berat dimana penggantungan pemain-pemain ini kerana pasukan R10 mempunyai ramai pemain yang berkaliber ( Insyaallah ) bagi menghadapi kejohanan ini.
Dengan penggantungan pemain ini, amatlah perlu kerana pengurusan yang terdiri daripada pihak sekolah ( cikgu Kamal ) amat menyokong penuh penggantungan ini sebagai satu pengajaran pada mereka " SUKAN TIDAK MENJAMIN MASA DEPAN SEKIRANYA TIDAK DISUSULI DENGAN KEJAYAAN @ KECEMERLANGAN DI DALAM AKADEMIK". Keputusan ini tidaklah diambil oleh pihak sekolah sahaja, tetapi oleh pihak pengurusan sekolah ( Cikgu Kamal ) dan pihak ibubapa.
Diharap, dengan ini pemain R10 akan cemerlang dalam akademik dan juga sukan. Kepada Azri, Fahmi & Faiz, kejarlah kecemerlangan UPSR. Di mana, dengan kejayaan ini boleh menjamin masa depan kamu semua dan bukan HOKI semata-mata.
Kepada pemain-pemain lain kejarlah kecemerlangan akademik dan sukan seiringan supaya kamu selesa pada masa hadapan. Insyaaalah...............

SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN CIKGU KAMAL DI SEKOLAH

Bergambar dengan pemain-pemain hoki sekolah.



TQ banyak-banyak pada pihak sekolah yang mengadakan sambutan majlis saya di sekolah.