Tuesday, January 25, 2011

Tuntutlah Imu Hingga Ke Negara China - Sabda Rasullulah SAW


Harapan saya kepada semua pemain hoki SKWMZR10 dan ahli Kelab R10 Tigers Family Club (murid) carilah ilmu setinggi dan sebanyak yang mungkin.

Daripada :

KAMAL ASYRAFF BIN NODIN
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
SK Wangsa Maju Zon R10

Kelulusan :

Diploma Pendidikan ( KPLI - Sains Sekolah Rendah - 2004 - Institut Pendidikan Sultan Mizan )
Ijazah Sarjana Muda Sains ( Pengurusan Sains & Teknologi ( Biologi ) - 2003 - UM )
Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan - 2010 - UTM )


R10 Tigers Family Club

Alhamdulilah.....

Keajaiban dan juga kehendak untuk memajukan sukan di SKWMZR10 telah maju setapak lagi. Di mana pada 26 Jan 2011, Jam 9.00 Malam bertempat di Satay Station, Setiawangsa mesyuarat pertama akan diadakan bagi membincngkan seterusnya melantik AJK penaja bagi "R10 Tigers Family Club".

Diharapkan dengan pencapaian serta penubuhan kelab ini akan membuatkan pencapaian akademik berserta sukab di R10 akan dapat dimajukan selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.... Insyaallah

Thursday, January 20, 2011

R10 Miniastraturf


Dalam merealisasikan pembangunan hoki di R10 secara kuhsusnya dan di KL umumnya, salah satu KPI yang hendak dicapai dalam tahun 2011 ini ialah dengan mewujudkan sebuah Miniastraturf bagi kegunaan latihan dan juga mengasah bakat@skil individu dengan cara yang lebih berkesan.

Ini kerana, dengan adanya miniturf ini segala perbelanjaan mengurus dan juga sewaan
( bas/minum/sewaan turf dan masa ) dapat dijimatkan. Kebergantungan terhadap turf di KL ini dapat dielakkan yang mana diketahui slot-slot yang sedia ada, banyak dan terpaksa "berebut" atau dengan kata lain "siapa cepat...... dia dapat" dapat di atasi.

Insyaallah dengan niat dan cita-cita yang murni ini dapat dikongsi bersama di kalangan sekolah-sekolah di KL ini dengan kadar sewaan yang berpatutan ( bagi tujuan penyelengaraan ).

Bersama-samalah kita semua warga R10 berdoa agar dapat direalisasikan impian ini.......... Amin.


Monday, January 17, 2011

Suka Duka Pesta Hoki 2010






































































Detik-detik kemenangan R10 - Champion KL 2010


Acap menjaringkan gol kemenangan dan seterusnya R10 dinobatkan sebagai JOHAN KL 2010
R10 mengalahkan SK Bandar Tun Razak 1 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta, KL.

R10 SemiFinalist USM-Penang International 2010


Team R10 dan Team Terengganu ( Semifinalist USM-Penang 2010 )




Team R10 Tigers



Team R10 Tigers bersama Cikgu Kamal, Uncle Nik dan Uncle Wan Amerr


Sejak Pasukan Hoki R10 menyertai Pesta Hoki USM-Penang International belum pernah lagi menjejakkan kaki ke semifinal. Tetapi dengan berkat usaha Team Pengurusan R10 Tigers (Guru dan Parents) pasukan R10 Boys berjaya mencipta sejarah dinobatkan pasukan sekolah pertama mencapai kedudukan yang begini baik.

Walaupun laluan cukup berliku, 48 jam sebelum bertolak Team R10 masih kekurangan dana. Berkat doa dan usaha parents, masalah tersebut dapat diatasi.

Tahniah buat team R10 yang berjaya mendapat tempat terbaik dalam pesta hoki tersebut. Buat pemain yang telah menamatkan alam persekolahan rendah, diharapkan apa yang anda semua belajar dan sumbangkan di R10 diharapkan dapat dijadikan panduan hidup di masa hadapan ke arah menjadi seorang insan yang terbaik di muka bumi Allah ini.