Tuesday, March 8, 2011

SemiFinal Yang Mendebarkan......

Tanggal 9 Mac 2011...... Pasukan Lelaki dan Perempuan SKWMZR10 akan meneruskan cabaran di Semifinal dalam Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Zon Keramat 2011.

Apa yang mendebarkan....... pasukan lelaki akan bertemu dengan musuh tradisi iaitu SK Wangsa Jaya. Di mana, pada tahun 2010 dan sebelumnya, pernah dikalahkan oleh R10.

Paling menarik, pasukan perempuan dalam perlawanan kumpulan hari ini (8 Mac 2011), berjaya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Johan Zon 2010 ( CBN One ). Manakala juga seri tanpa jaringan dengan SK Wangsa Maju Seksyen Satu. Di separuh akhir, pasukan R10 perempuan akan berentap dengan CBN 2, yang mana pasukan yang sama pasukan perempuan R10 berebut tangga ketiga / keempat. Rekod pertemuan memihak kepada CBN 2. Walaubagaimanapun, ini bukan halangan kepada semangat pemain yang dididik sepenuhnya oleh EN WAN AMEER RUZMAN ( Uncle Ameer ) dan dibantu oleh EN ISHKANDAR, CIKGU KAMAL dan IBUBAPA yang lain........

hati yang TEGA, KENTAL dan NAK MENANG sahaja yang akan menentukan kejayaan pasukan R10 perempuan...... Gud luck girls.......


No comments: