Thursday, January 20, 2011

R10 Miniastraturf


Dalam merealisasikan pembangunan hoki di R10 secara kuhsusnya dan di KL umumnya, salah satu KPI yang hendak dicapai dalam tahun 2011 ini ialah dengan mewujudkan sebuah Miniastraturf bagi kegunaan latihan dan juga mengasah bakat@skil individu dengan cara yang lebih berkesan.

Ini kerana, dengan adanya miniturf ini segala perbelanjaan mengurus dan juga sewaan
( bas/minum/sewaan turf dan masa ) dapat dijimatkan. Kebergantungan terhadap turf di KL ini dapat dielakkan yang mana diketahui slot-slot yang sedia ada, banyak dan terpaksa "berebut" atau dengan kata lain "siapa cepat...... dia dapat" dapat di atasi.

Insyaallah dengan niat dan cita-cita yang murni ini dapat dikongsi bersama di kalangan sekolah-sekolah di KL ini dengan kadar sewaan yang berpatutan ( bagi tujuan penyelengaraan ).

Bersama-samalah kita semua warga R10 berdoa agar dapat direalisasikan impian ini.......... Amin.


No comments: