Wednesday, June 18, 2008

Latihan Bermula

Latihan pasukan Hoki R10 telah bermula, di mana sesi latihan ( fizikal ) telah di mulakan sejak buka sesi persekolahan semester kedua. Tetapi satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan sekolah ialah, di mana hampir separuh daripada pemain-pemain hoki "digantung" daripada menyertai sesi latihan disebabkan oleh pemain ini mendapat keputusan yang kurang memberansangkan di dalam peperiksaan PKSR 1.
Walau bagaimanapun, ini tidaklah membantutkan pasukan hoki ini yang di dalam persediaan bagi menghadapi Kejohanan Hoki Luar Musim Bawah 11 Tahun yang dijangka akan diadakan pada sebelum puasa @ selepas hari raya puasa nanti. R10 tidaklah mengahadapi masalah yang berat dimana penggantungan pemain-pemain ini kerana pasukan R10 mempunyai ramai pemain yang berkaliber ( Insyaallah ) bagi menghadapi kejohanan ini.
Dengan penggantungan pemain ini, amatlah perlu kerana pengurusan yang terdiri daripada pihak sekolah ( cikgu Kamal ) amat menyokong penuh penggantungan ini sebagai satu pengajaran pada mereka " SUKAN TIDAK MENJAMIN MASA DEPAN SEKIRANYA TIDAK DISUSULI DENGAN KEJAYAAN @ KECEMERLANGAN DI DALAM AKADEMIK". Keputusan ini tidaklah diambil oleh pihak sekolah sahaja, tetapi oleh pihak pengurusan sekolah ( Cikgu Kamal ) dan pihak ibubapa.
Diharap, dengan ini pemain R10 akan cemerlang dalam akademik dan juga sukan. Kepada Azri, Fahmi & Faiz, kejarlah kecemerlangan UPSR. Di mana, dengan kejayaan ini boleh menjamin masa depan kamu semua dan bukan HOKI semata-mata.
Kepada pemain-pemain lain kejarlah kecemerlangan akademik dan sukan seiringan supaya kamu selesa pada masa hadapan. Insyaaalah...............

No comments: