Tuesday, October 30, 2012

HALATUJU KEJAYAAN PASUKAN HOKI & RAGBI SEKOLAH



            Pasukan hoki SK Wangsa Maju Zon R10 merupakan sebuah pasukan hoki yang banyak melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan hoki di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejak 2006 pasukan hoki R10 banyak menempa kejayaan di peringkat Zon Keramat, peringkat negeri dan juga dalam kejohanan luar yang dianjurkan oleh Persatuan Hoki Kuala Lumpur serta dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

            Dengan berkat kesungguhan para guru, jurulatih, ibubapa serta pihak petadbir sekolah, sejak itu pasukan hoki R10 amat digeruni di peringkat zon dan juga negeri. Antara pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh pasukan hoki lelaki R10 ialah merangkul johan zon keramat selama  tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2010 hingga 2012. Manakala di peringkat negeri, pada tahun 2010 pasukan hoki lelaki R10 berjaya menjadi johan negeri buat kali pertama dan pada tahun ini iaitu 2012 sekali lagi pasukan hoki berjaya menjadi johan. Pencapaian paling bermakna ialah pada tahun 2010, kali pertama pasukan hoki lelaki R10 merangkul tempat ketiga dalam kejohanan hoki yang bertaraf antarabangsa iaitu dalam Pesta Hoki Antarabangsa USM-Penang 2010. Kejayaan ini amat dibanggakan kerana, satu-satunya pasukan hoki yang bertanding atas nama sekolah dari Kuala Lumpur berjaya merangkul tempat ketiga.  

            Selain daripada kejayaan dalam sukan hoki, R10 juga terkenal dengan sukan ragbi. Pasukan ragbi R10 pernah dinobatkan Naib Johan Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan 2009. Di mana pihak sekolah melihat akan potensi ini, R10 pernah menganjurkan kejohanan ragbi R10 Tiger's Seven pada tahun 2009-2010. Semenjak daripada itu, pasukan ragbi dan hoki R10 terkenal dengan jolokan R10 Tigers. Kerjasama R10 dengan SM Sains Selangor dalam memperkenalkan sukan ragbi terhasil, di mana ada di antara pemain ragbi R10 terpilih untuk mewakili pasukan negeri dan diserap ke SM Sains Selangor.

            Melihatkan kepada masa depan murid dalam sukan, pasukan hoki dan ragbi berpegang kepada prinsip "Kejayaan dalam sukan mestilah sering dengan kejayaan dalam akademik" merupakan intipati utama yang mesti dipatuhi oleh setiap pemain sejak 2008. Di mana bersandarkan kepada prinsip ini ramai pemain ragbi dan hoki R10 baik lelaki atau perempuan berjaya dalam akademik. Ada di antaranya mereka sekarang sedang menuntut di Maktab Tentera Diraja, Kolej Melayu Kuala Kangsar, MRSM, Sek Men Sains Selangor, Sek Men Sains Alam Shah, Sek Dato Abdul Razak ( SDAR) Seremban dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga ada yang menruskan pelajaran di Victoria Institution, Sek Men Sek 5 dan SMKA Segambut Jaya. Ada juga di antara mereka diberi peluang meneruskan minat dalam sukan hoki di Sek Sukan Negeri Titiwangsa dan juga Sek Sukan Tengku Muhammad Ismail.

            Kejayaan pasukan hoki terutamanya bukanlah satu jalan yang mudah. Pengorbanan masa dan usaha yang gigih selama ini telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Sudah tentu, setiap perancangan yang dirancang tidak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pelaburan wang ringgit yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan peralatan yang secukupnya, sewaan bas untuk latihan, serta sewaan stadium yang semuanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Namun, dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain dan ibubapa yang banyak memberikan sokongan, ternyata amat memberangsangkan.
   
            Melihat akan potensi ini, maka tidaklah menjadi halangan kepada murid untuk aktif dalam sukan. Kesinambungan dan kerjasama di antara pihak sekolah, guru dan juga ibubapa perlu dipereratkan bagi menjamin murid berjaya dalam kedua-dua bidang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

            Untuk membina sebuah pasukan di peringkat sekolah yang mampu memberikan cabaran dalam sukan yang dianjurkan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran mahupun di peringkat Kementerian perlu ada pengukuhan di peringkat akar umbi yang kuat. Memetik kata-kata Y.A.B Dato Seri Mohd Najib B Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, beliau berkata "Untuk membina kejayaan yang seperti berada dihujung piramid, perlu ada landasan dan dasar yang luas dan kuat". Oleh yang demikian, guru, jurulatih dan pihak pentadbir telah memberikan peluang kepada semua murid dalam memgembangkan bakat masing-masing dalam sukan. Terpulang kepada pihak ibubapa dalam membantu menanamkan semangat yang jitu dalam diri anak masing-masing bagi membolehkan murid berkenaan menunjukkan bakat yang mungkin tidak terlihat dalam mata kasar.

Thursday, April 26, 2012

PENANG 2012 ??

PESTA HOKI USM PENANG INTERNATIONAL 2012......... 

CAN WE DO IT SAME AS 2010 ?
 
WITH 5 PLAYER REPRESENTED KL TEAM IN  MSSM THIS YEAR + 1 FROM SK WANGSA MAJU SEK 2...... IT IS NOT POSSIBLE, WE CAN BE A CHAMPION .......

PLAYERS WILL PLAY FOR R10 TIGERS IS :

WAN HARIZ, ADIB, AFFAN, ABG, ADAM, AMIRUL, ( THE OTHER 2 STILL IN MY MIND, WHOSE ? ) BUT I'M WILL INVITE A FEW PLAYERS FROM KL TEAM TO REPRESENT MY TEAM. IF ITS POSSIBLE.......... THE TEAM WILL KNOWN AS ;

KL TIGERS..............

HOPEFULLY ALL MY PLAYERS WILL PLAY FOR R10 @ KL TIGERS BECAUSE SINCE 2007 - 2011 THE BEST PLACE WE CAN GET IS SEMIFINALIST. 
ALHAMDULILAH.............

MAYBE I CANNOT STAY FOR A LONG TIME IN R10. MAYBE I WILL BE TRANSFER SOMEWHERE ELSE............ 
SO BEFORE I GO, I WOULD LIKE TO SEE R10 TIGERS NAME BE PRINTED ON THE :

PESTA HOKI USM-PENANG 2012
 THEROPHY 

Thursday, April 19, 2012

Jamuan Untuk Pemain Hoki R10

Asslamualaikum.....

Hasil perbincangan saya, cikgu Mahisam dan Puan Guru Besar, Datin Hjh Faizah Bt Shamsudin telah bersetuju dan mengalu-alukan sumbangan ibubapa yang handak mengadakan majlis bersempena dengan Kejayaan Pasukan Hoki R10 menjadi Johan Kuala Lumpur dan Johan Wilayah Keramat. Seterusnya ada di antara pemain R10 yang membantu Kuala Lumpur menjadi Johan Kebangsaan dalam Kejohanan Hoki MSSM buat kali ketiga.

Majlis akan di adakan pada :

Tarikh       :18 Mei 2012
Hari          : Jumaat
Masa        : 8.00 Malam
Tempat     : Dataran R10, SK Wangsa Maju Zon R10

Jemputan : Semua Pemain Hoki lelaki R10 dan Hoki Perempuan R10, Ibubapa, Pemain Team Kuala Lumpur.

Monday, April 16, 2012

1MAS Training

Congratulation Cikgu Kamal, his effort in registering the team for 1Mas training will help the young tigers future development. schedule have been passed to players and parents; to top it all a bus has been rented to transport the boys.

its time that we parents contribute to the cost for training the children... how much ? for now it does not matter ... seikhlas

Saturday, April 14, 2012

Pemain R10 Bantu Kuala Lumpur Juara MSSM 2012


Pemain R10 Yang mewakili Kuala Lumpur 2012




Pemain R10 di Upacara Penyampaian Hadiah MSSM 2012



Jurulatih dan manager KL yang membawa Team Kuala Lumpur
Mengekalkan Kejuaraan MSSM kali ke-3 berturut-turut.



Tercatat dalam lipatan sejarah hoki Kuala Lumpur, di mana pasukan hoki U-12 KL telah berjaya mengekalkan kejuaraan hoki MSSM buat kali ke-3 berturut-turut ( 2010/2011/2012 ).

Di mana dalam pasukan hoki KL kali ini 5 daripadanya adalah pemain hoki SK Wangsa Maju Zon R10, 4 orang daripada St John ( 2 ), 3 daripada SK Bukit Bandaraya, 2 orang daripada SK Sri Delima, 1 orang dari Sk Jalan Belllamy, Sk Taman maluri, SJK (T) Vivekananda, SK Wangsa Maju Seksyen 1.

Tahniah semuanya.....

R10 CHAMPION Kuala Lumpur Kali Ke-2

Hockey Family For R10


Kapten Pasukan menerima hadiah daripada
Ketua Unit Sukan
Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
En Noordin



Champion Kuala Lumpur Buat Kali Ke-2
( 2010 dan 2012 )
Bergambar bersama, Guru, Jurulatih dan Ibubapa yang banyak memberikan
sokongan dan galakkan.




Para Guru, Coach ( Wan Amerr ) dan pemain bergambar bersama
Guru Penolong Kanan HEM, Puan Julia Noordin


Pasukan Hoki merangkul kejuaraan berganda pada tahun ini, di mana meraikan kejuaraan hoki peringkat negeri buat kali kedua di mana kali terakhir di menangi ialah pada tahun 2010. Tahniah di ucapkan kepada semua pemain dan ibubapa yang banyak membantu dalam perkembangan hoki R10............

Dalam perlawanan kali ini, R10 berjaya menumbangkan Juara Wilayah Bangsar SK Bukit Bandaraya dengan keputusan 2-1. Di mana dua jaringan R10 dijaringkan oleh Ketua Pasukan R10 Wan Hariz Aizzuddin B Wanb Ameer Ruzman. Wan Hariz juga merupakan pemain pertahanan bagi pasukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

R10 Juara Zon Keramat Buat Kali Ke-3

Pasukan Hoki R10 Bergambar Bersama Piala Pusingan Buat Kali Ke-3
( Hatrik........ 2010/2011/2012 )


Sebahagian Pemain Hoki R10 bergambar bersama guru dan coach....



Pasukan Hoki Lelaki SK Wangsa Maju Zon R10, Kuala Lumpur sekali lagi menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012. Kemenangan ini, menjadikan R10 kuasa hoki yang digeruni oleh pihak lawan. Di mana, pasukan hoki R10 menjuarainya untuk kali ke-3 berturut-turut ( Hatrik ). Di bawah bimbingan En Wan Amerr, Cikgu Kamal, Cikgu Fadzil dan semua ibubapa, yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan sukan hoki di R10 tetap subur dan menjadi salah satu sukan yang paling di gemari di sekolah. Tahniah semuanya......

Dalam perlawanan peringkat kumpulan, R10 mengalahkan SK Kementah 9-0, SK Wangsa Maju Seksyen 1, 6-0. Do separuh akhir mengalahkan SK Jln Gurney 6-0 dan SK St John 2 di perlawanan akhir pukulan penalti flik 1-0.

Tahniah semuanya.....